Saturday 31 December 2016

Proses Mengecap, Menulis Nombor Perolehan dan Menyusun Buku Teks

Pada akhir tahun 2016, proses mengecap buku, menulis nombor perolehan dan menyusun buku teks telah dilakukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pengawas SPBT, guru - guru serta semua pihak yang telah membantu dalam melancar dan melicinkan proses ini.



Taklimat SPBT dan Pengagihan Buku Teks Pelajar Tingkatan 1 dan 4

Pada 31 Disember 2016, taklimat dan pengagihan buku teks kepada pelajar tingkatan 1 tahun 2017 telah diadakan. Pengagihan ini dilakukan sebelum sesi persekolahan bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan baik dan persekolahan berjalan lancar.



Pengagihan buku teks melibatkan pelajar tingkatan 4 pula diadakan pada 29 Disember 2016.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang memberi kerjsama sepanjang proses agihan dilakukan. Terima kasih juga diucapkan kepada guru yang banyak membantu.

Thursday 22 December 2016

Pemantauan BOSS Oleh Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks

Pada 21 Disember 2016, bilik BOSS SMK Tengku Mizan Zainal Abidin  telah  menerima  kunjungan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk proses pemantauan.







Ribuan terima kasih diucapkan atas kunjungan ini. Semoga kejayaan mengiringi unit SPBT SMK Tengku Mizan Zainal Abidin.

Monday 19 December 2016

Kaunter Buku Teks Pada Hari Keputusan PT3

Pada 19 Disember 2016, kaunter buku teks telah dibuka semasa keputusan PT3 diserah kepada pelajar tingkatan 3. Kaunter ini dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum menghantar buku teks atau menggantikan buku teks yang hilang.